TERAGIB PLANTATION SDN BHD


TERAGIB PLANTATION SDN BHD

PENGELUAR PRODUK BERKAITAN PERTANIAN DI BAWAH KELOLAAN TERAGIB PLANTATION SDN. BHD SEPERTI TEH NANGKA MADU & KOPI NANGKA MADU
Merupakan inisiatif daripada jabatan pertanian dalam syarikat untuk mengusahakan pertanian secara berskala besar (makro) untuk memproduktivitikan hasil pertanian agar syarikat mempunyai jumlah dana 3 dalam 1 (3 in 1) yang boleh memberi kekuatan kewangan tanpa perlu membuat atau meminjam struktur kewangan daripada pihak bank atau mana-mana agensi. Justeru itu, syarikat mempunyai pemilikan harta sendiri dalam beroperasi ke arah kemajuan masa hadapan dengan lebih kukuh. Selain itu, tujuan utama untuk membangunkan sektor pembangunan Hartani/Pertanian adalah untuk kebaikan atau keuntungan orang awan juga. Pihak syarikat telah merangka untuk memgurangkan DSR orang awam yang mempunyai pegangan liability dengan pihak institusi kewangan. DSR adalah kaedah yang digunakan dalam institusi kewangan/perbankan untuk menilai tahap pegangan liability setiap orang. Sektor Pembangunan Pertanian ini juga adalah untuk membolehkan orang awam melabur dalam bidang tersebut yang lebih memberi keuntungan dan jaminan yang lebih baik. Dalam sektor Pembangunan Pertanian ini, syarikat dalam usaha untuk menjalankan aktiviti pertanian yang dikenali sebagai GIB Agrotourism (Ladang Nangka Madu). Ladang Nangka Madu ini bakal dijalankan di beberapa kawasan yang bersesuaian di Kedah. Syarikat telah mensasarkan ‘market’ atau pasaran di Negara China untuk di eksport produk berasaskan nangka madu tersebut. Ini adalah salah satu produk syarikat yang berkaitan dengan orang awam yang mempunyai Pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Produk ini dikhususkan untuk membantu peminjam PTPTN menyelesaikan pinjaman dengan cepat dan menguntungkan peminjam tersebut. Untuk sektor ini juga, syarikat dalam usaha mengadakan aktiviti pertanian yang melibatkan penanaman pokok kelapa muda untuk dieksport dalam dan keluar pertanian ini ianya dapat memberi bonus kepada warga setempat supaya mereka memiliki pekerjaan selain menjana pendapatan kepada syarikat.



Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kami?
Muat turun risalah …

Muat turun Brosur

en_GBEnglish
ms_MYMalay en_GBEnglish
X