PROPERTY DEVELOPMENT

Merupakan inisiatif daripada jabatan pertanian dalam syarikat untuk mengusahakan pertanian secara berskala besar (makro) untuk memproduktivitikan hasil pertanian agar syarikat mempunyai jumlah dana 3 dalam 1 (3 in 1) yang boleh memberi kekuatan kewangan tanpa perlu membuat atau meminjam struktur kewangan daripada pihak bank atau mana-mana agensi. Justeru itu, syarikat mempunyai pemilikan harta sendiri dalam beroperasi ke arah kemajuan masa hadapan dengan lebih kukuh.

Selain itu, tujuan utama untuk membangunkan sektor pembangunan Hartani/Pertanian adalah untuk kebaikan atau keuntungan orang awam juga. Pihak syarikat telah merangka untuk mengurangkan DSR orang awam yang mempunyai pegangan liabiliti dengan pihak institusi kewangan. DSR adalah kaedah yang digunakan dalam institusi kewangan/perbankan untuk menilai tahap pegangan liabiliti setiap orang. Sektor Pembangunan Pertanian ini juga adalah untuk membolehkan orang awam melabur dalam bidang tersebut yang lebih memberi keuntungan dan jaminan yang lebih baik.

Dalam sektor Pembangunan Pertanian ini, syarikat dalam usaha untuk menjalankan aktiviti pertanian yang dikenali sebagai GIB Agrotourism (Ladang Nangka Madu). Ladang Nangka Madu ini bakal dijalankan di kawasan Durian Burung, Kuala Nerang, Kedah. T.O.A ini adalah salah satu produk syarikat yang dipasarkan untuk orang awam yang mempunyai Pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Produk ini dikhususkan untuk membantu peminjam PTPTN menyelesaikan pinjaman dengan cepat dan menguntungkan peminjam tersebut.

Untuk sektor ini juga, syarikat dalam usaha mengadakan aktiviti pertanian yang melibatkan penanaman pokok kelapa muda untuk dieksport dalam dan keluar pertanian ini ianya dapat memberi bonus kepada warga setempat supaya mereka memiliki pekerjaan selain menjana pendapatan kepada syarikat.

Di samping itu, syarikat juga menjalankan aktiviti penanaman sampingan lain seperti projek dusun buah-buahan tempatan seperti durian, langsat, rambutan dan pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang juga bertujuan untuk menjana pendapatan tambahan syarikat.

Bagaimanakah kami boleh membantu anda?

Hubungi kami di pejabat Giganation GIB Berhad yang terdekat dengan anda atau hantarkan pertanyaan perniagaan secara dalam talian.

Giganation GIB Berhad merupakan Syarikat yang tidak ternilai. Pasukan kami telah bekerja keras untuk membantu seramai mungkin orang awam untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Ammar Dun
IT Department, GIB Arau
en_GBEnglish
ms_MYMalay en_GBEnglish
X