Sejarah

GIB

SEJARAH
GIGANATION GIB BERHAD

GIGANATION GIB BERHAD dengan analisis dan juga penyelidikan yang dijalankan sepanjang tempoh hampir 20 tahun telah menemui satu sistem yang dapat menyelaraskan masyarakat dunia daripada himpitan masalah tersebut iaitu sistem Gigamatic dan Ibramatic yang bakal diterapkan di dalam ketiga-tiga sektor iaitu pembangunan hartanah, hartani dan pengurusan liabiliti.



GIB

Pengasas
GIGANATION GIB BERHAD

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GIGANATION GIB BERHAD dan Kumpulan GIB, Tuan Suchart Ee Quah dan beberapa pakar teknikal yang terdiri daripada ahli perbankan, perundangan, teknologi maklumat dan multimedia turut dibantu oleh beberapa kakitangan serta ahli lembaga pengarah yang berpengalaman luas dalam bidang teknologi komputer (ICT), bidang perbankan serta perakaunan turut menyumbang inisiatif dalam pembentukan sistem Gigamatic dan Ibramatic berasaskan satu versi dan idea yang unik serta jitu. Keputusan di atas kajian dan analisis yang di buat sepanjang tempoh tersebut telah dapat mengenal pasti bahawa “RIBA adalah pemusnah ekonomi sejagat”.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai tanggungjawab sosial serta membawa nama Malaysia ke persada dunia, pelancaran sistem Gigamatic dan Ibramatic pada 12 hb November 2017 adalah detik bersejarah untuk menyeimbangkan sistem sedia ada agar dapat merubah portfolio kewangan rakyat Malaysia berada tinggi di pentas dunia.

ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay
X