Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Objektif Kualiti

Untuk melaksanakan dan memenuhi hasrat Dasar Kualiti, Objektif Kualiti yang dijadikan sebagai kayu pengukur pencapaiannya ialah :-


i) Ubahsuai Struktur Bangunan

• Penambahan Dapur
• Penambahan Bilik Mandi / Air
• Ubahsuaian Dalaman dan Luaran Rumah
• Kabinet
• Lantai
• Syiling
• Awning
• Pagar dan Pintu Pagar

ii) Penambahan Aksesori Rumah

• Penghawa Dingin
• Lampu dan Peralatan
• Pemanas Air
• Solar
• Penggera Bunyi
• Gazebo/Pengola
• Seni Bina Lanskap yang berkaitan
• Pendawaian Elektrik
• CCTV/Alat Penggera

iii) Kos Ubahsuai Rumah

• Kos Juru Runding
• Kos Guaman

a) TOD di bawah sektor Pembangunan Perumahan

GIB dalam usaha membangunkan projek tanah untuk membina dan menyiapkan perumahan di bawah rancangan perumahan RP30 yang menjadi permintaan kepada golongan yang mempunyai pendapatan B-40. Rancangan RP30 akan dijalankan di seluruh daerah di seluruh negara mengikut perancangan rapi oleh pihak pengurusan di jabatan ini melalui projek kelolaan PFI (Inisiatif Pembiayaan Subsidi) atau Private Finance Initiative. Projek PFI ini bermatlamat untuk merealisasikan infrastruktur perumahan bagi pihak sektor awam.

b) TOD di bawah sektor Pembangunan Perlancongan

Kami juga sedang dalam perancangan untuk membina taman tema berkonsepkan Water Theme Park yang diberi nama ‘Perkampungan Sri Lagenda Mahsuri’ di Pulau Langkawi, Kedah dan Resort Eco-Park yang bakal dibangunkan di Padang Terap, Kedah. Rancangan pembangunan ini akan dapat memberikan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan dapat menyumbang pendapatan kepada kerajaan tempatan dan persekutuan secara umumnya justeru mempertingkatkan lagi kadar KDNK Negara.

c) TOD di bawah sektor Hartani/Pertanian

Merupakan inisiatif daripada jabatan pertanian dalam syarikat untuk mengusahakan pertanian secara berskala besar (makro) untuk memproduktivitikan hasil pertanian agar syarikat mempunyai jumlah dana 3 dalam 1 (3 in 1) yang boleh memberi kekuatan kewangan tanpa perlu membuat atau meminjam struktur kewangan daripada pihak bank atau mana-mana agensi. Justeru itu, syarikat mempunyai pemilikan harta sendiri dalam beroperasi ke arah kemajuan masa hadapan dengan lebih kukuh.

Kepakaran dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan proses utama unit ini telah digariskan dengan nyata terhadap pretasi tugas. Petunjuk-petunjuk ini akan dikaji semula oleh pengurusan Giganation GIB Berhad untuk memastikan organisasi ini mencapai objektif – objektifnya semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.

ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay
X