Pengenalan Syarikat

GIGANATION GIB BERHAD dengan analisis dan juga penyelidikan yang dijalankan sepanjang tempoh hampir 20 tahun telah menemui satu sistem yang dapat menyelaraskan masyarakat dunia daripada himpitan masalah tersebut iaitu Sistem Gigamatic dan Ibramatic yang bakal diterapkan di dalam ketiga-tiga sektor iaitu pembangunan hartanah, hartani dan pengurusan liabiliti.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GIGANATION GIB BERHAD dan Kumpulan GIB, Tuan Suchart Ee Quah dan beberapa pakar teknikal yang terdiri daripada ahli perbankan, perundangan, teknologi maklumat dan multimedia turut dibantu oleh beberapa kakitangan serta ahli lembaga pengarah yang berpengalaman luas dalam bidang teknologi komputer (ICT), bidang perbankan serta perakaunan turut menyumbang inisiatif dalam pembentukan sistem Gigamatic dan Ibramatic berasaskan satu versi dan idea yang unik serta jitu. Keputusan di atas kajian dan analisis yang di buat sepanjang tempoh tersebut telah dapat mengenal pasti bahawa “RIBA adalah pemusnah ekonomi sejagat”.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai tanggungjawab sosial serta membawa nama Malaysia ke persada dunia, pelancaran sistem Gigamatic dan Ibramatic pada 12 hb November 2017 adalah detik bersejarah untuk menyeimbangkan sistem sedia ada agar dapat merubah portfolio kewangan rakyat Malaysia berada tinggi di pentas dunia.

SISTEM GIGAMATIC DAN IBRAMATIC

  • Sistem Gigamatic dan Ibramatic adalah singkatan daripada perkataan gigabite atau gbait dalam unit maklumat atau storan komputer yang mempunyai saiz ingatan pencapaian rawak secara gandaan atau panduan sementara Ibramatic adalah perkadaran potongan atau diskaun atau ‘Ibra’ yang diadaptasikan dalam sistem kewangan islamik. Hasil gabungan diantara kaedah konvensianal dan islamik ini hanyalah daripada segi perkataan dan tidak menyentuh arahan serta peraturan yang di jalankan. Syarikat GIGANATION GIB BERHAD telah menggunakan sistem ini secara konsisten dalam pengurusan dan pembayaran liabiliti mengikut klasifikasi amalan oleh subscriber dengan jenis atau pilihan yang berbeza. Kalau seseorang itu mempunyai pembiayaan kaedah islamik maka syarikat akan serahkan sistem Ibramatic agar wujud kesesuaian dan kehendak dalam transaksi tersebut sebaliknya untuk yang terlibat dengan kaedah konvensional syarikat akan menggunakan sistem Gigamatic. Syarikat GIGANATION GIB BERHAD telah membuat trend analisis pernomboran dengan mendapatkan kesahihan dengan menggunakan sistem ini secara saintifik dan dapat di buktikan bahawa melalui gabungan antara Sistem Fibonacci telah mewujudkan satu sistem pengiraan dan penjanaan yang lebih efisien dalam mengadaptasikan pengurusan dan pembayaran ke atas pinjaman dan pembiayaan pelepasan atau subscriber. Inilah sistem yang dikenali sebagai sistem Gigamatic dan Ibramatic. Sistem ini mempunyai tiga komponen terpenting dalam menjalankan urusan pengurusan dan salah satu daripadanya adalah Gigamatic dan Ibramatic measurement and analysis.
  • Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan sumber-sumber semulajadi. Keadaan cuacanya amat sesuai untuk pertumbuhan komoditi. Kesan daripada kemajuan teknologi maklumat dan melalui proses penyelidikan pembangunan (R&D) yang dijalankan, konsep globalisasi dan blok perdagangan serantau harus menjadi tumpuan utama kearah pembangunan ekonomi kelas pertama. Peluang peniagaan adalah tanpa batasan dan memerlukan satu sistem yang dapat mengubah portfolio kewangan agar dapat mencipta kekayaan oleh warga Malaysia.
  • Pengasas kepada syarikat GIGANATION GIB BERHAD, Tuan Suchart Ee Quah dan beberapa pakar teknikal yang terdiri daripada ahli perbankan, perundangan, teknologi maklumat dan multimedia turut dibantu oleh beberapa ahli lembaga pengarah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan, IT dan perakaunan turut menyumbang kepada tertubuhnya keluarga GIGANATION GIB BERHAD berasaskan satu versi dan idea yang unik serta jitu maka wujudlah satu sistem pengurusan dan pembangunan ekonomi syarikat yang dikenali sebagai sistem Gigamatic dan Ibramatic. Berdasarkan pegangan dan asas kukuh dalam membina syarikat gergasi ini, maka keyakinan untuk terus maju ke hadapan adalah satu inspirasi dan inovasi sistem yang canggih agar semua orang dapat kecapi apabila diadaptasikan sistem ini ke dalam portfolio kewangan mereka kelak.
  • Krisis Ekonomi Malaysia pada tahun 1998 yang bermulanya sejarah krisis kewangan Asia yang bermula daripada negara Thailand telah memberi satu petanda bahawa sistem ‘Frictional Reserve’ yang tiada mempunyai nilai “intinstrik” ke atas nilai mata wang menyebabkan masyarakat di Asia terpaksa menanggung segala liabiliti serta kadar inflasi yang pada masa itu dibebani pula dengan serangan penyagak matawang yang membawa kepada jualan menyeluruh di pasaran saham. Setelah dianalisis dengan teliti oleh ahli keluarga GIB Berhad, telah mendapat satu kepastian dan keputusan yang jitu iaitu “RIBA adalah Pemusnah Ekonomi Sejagat”. Dengan kewujudan sistem Gigamatic dan Ibramatic ini, turut dapat membantu masyarakat di luar sana meringankan bebanan liabiliti secara nyata dan juga kadar NPC di sektor perbankan diturunkan. Di samping itu, dapat juga membantu kerajaan Malaysia mencapai satu destinasi ‘Rakyat Kaya Kerajaan Berjaya’. Begitu juga sebagai institusi yang diperbadanan di Malaysia perlu menjalankan tanggungjawab sosial dan komersial supaya kejayaan Malaysia di mata dunia berada diperingkat Transformasi Inovasi Alaf Milenium.
  • Sistem Gigamatic dan Ibramatic adalah satu instrument yang di gunakan oleh syarikat GIGANATION GIB BERHAD dalam membuat pengurusan liabiliti dan membela warga Malaysia yang dilanda Tsunami Ekonomi akibat daripada kegagalan dalam obligasi membayar balik keterhutangan dengan institusi perbankan. Diatas kegagalan tersebut akan membawa impak negatif ke atas portfolio kewangan seperti black list (senarai hitam), muflis, masalah sosial dan juga kerugian jutaan ringgit oleh kerajaan Malaysia akibat daripada kehilangan produktiviti hasil sumbangan yang sepatutnya dapat diberi oleh warga muflis. Adakah tidak lagi relevan untuk memufliskan individu tersebut yang seharusnya masih lagi boleh memberi produktiviti dan menyumbang kepada pendapatan negara.
  • Konsep ‘seperti kacang lupakan kulit’ seharusnya tidak diamalkan dalam sistem ekonomi Malaysia kerana mereka yang muflis selalunya pernah dahulu menyumbang hasil dan komitmen kepada sesuatu pihak. Apabila mereka menghadapi masalah adalah tidak adil terus dibankrupkan dan tidak ada mana-mana pihak lagi yang dapat membela nasib mereka. Syarikat GIGANATION GIB BERHAD bertekad akan terus membela nasib mereka yang mempunyai status black list (senarai hitam) dan bankrupsi agar dapat dipulihkan dan dengan pengalaman mereka sudah pasti dapat menjana produktiviti kepada negara Malaysia. Dengan sokongan padu, warga black list (senarai hitam) di sana akan diberi peluang dan rancangan syarikat ini adalah menjadikan Malaysia adalah negara yang sifar bankrupsi yang pastinya menjadi keyakinan kepada pelabur luar untuk melabur di negara ini.
Bagaimanakah kami boleh membantu anda?

Hubungi kami di pejabat Giganation GIB Berhad yang terdekat dengan anda atau hantarkan pertanyaan perniagaan secara dalam talian.

 

Giganation GIB Berhad merupakan Syarikat yang tidak ternilai. Pasukan kami telah bekerja keras untuk membantu seramai mungkin orang awam untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Ammar Dun
IT Department, GIB Arau
X