TAKLIMAT BERKENAAN PROMOSI UNTUK MENYERTAI ASKAR WATANIAH KEPADA STAF GIB DAN SERAHAN SUMBANGAN GIB

Pada 5 Mei 2021, pihak GIB telah menerima kedatangan Rejimen 504 Askar Wataniah (R504AW), Kem Bukit Keteri. Pihak Askar Wataniah telah menyampaikan taklimat berkenaan promosi untuk menyertai Askar Wataniah kepada staf GIB dan taklimat berkenaan turut dirakamkan untuk dimuatkan dalam laman sesawang dan media sosial GIB untuk tontonan staf di cawangan lain dan pelanggan GIB. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Pemerintah Kem Wataniah 504, Mejar Mohd. Shaffar bin Mad Saad dan turut dihadiri oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GIGANATION GIB BERHAD dan Kumpulan GIB, Tuan Suchart Ee Quah. Tuan Suchart Ee Quah turut berbesar hati untuk menyampaikan produk kopi dan teh nangka madu bernilai RM 3080 kepada Rejimen 504 Askar Wataniah yang diterima oleh Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak. Pihak syarikat amat menyambut baik saranan Rejimen 504 Askar Wataniah untuk menyertai Askar Wataniah dan berharap untuk terus menjalinkan hubungan mesra dengan pihak Rejimen 504 Askar Wataniah bagi menghargai sumbangan mereka terhadap negeri Perlis dan Negara.

Leave a Reply

X