GIB BAKAL MENAMBAH SUB-LET TERBARUNYA BERJUMLAH 100 UNIT DI CAMERON HIGHLANDS

BERITA TERKINI – 1 April 2021 (Khamis)

Giganation GIB Berhad selangkah lagi berjaya menambah compartment di pusat peranginan cameron highlands dan berjaya membuat rundingan bersama pengusaha terkemuka iaitu Madam Khor.Y.H. Dengan kerjasama tersebut, GIB bakal menambah sub-let terbarunya di Cameron Highlands berjumlah 100 unit merangkumi 20 sub-let sedia ada di Green Hill Resorts dan lain-lain tempat merangkumi penthouse dan resorts serta tambahan sebanyak 80 unit melibatkan lain-lain lokasi di Cameron Highlands.

Status compartments dan pemilikan ini akan diletakan di bawah Resorts International. Sekitar bulan Mei 2021 ini, sebuah pejabat yang akan dijadikan sebagai Reception Outlet GIB juga akan disediakan bagi memudahkan urusan penyewaan dan pendaftaran.

Untuk membantu industri pelancongan negara yang terjejas berikutan isu Covid, kadar istimewa dari hotel dan penginapan bertaraf 3 hingga 5 bintang akan diberikan kepada subsriber yang berdaftar dengan GIB. Permintaan adalah tinggi dan kebanyakan tempahan adalah dari luar negara seperti Thailand, Indonesia, Cambodia, Vietnam dan Jepun. GIB juga akan menyediakan penginapan berkonsepkan mesra muslim, kemudahan ini dapat memberi impak positif pada pelancong dalam domestik dan antarabangsa.

GIB yakin industri pelancongan negara akan beransur pulih dan komited dalam membantu usaha kerajaan untuk merancakkan semula industri pelancongan negara.

Green Hill Resorts

Cameron Highlands

Leave a Reply

en_GBEnglish
ms_MYMalay en_GBEnglish
X