KUNJUNGAN DARIPADA PIHAK NCER KE GIGANATION GIB BERHAD CAWANGAN ARAU































Pada 19 Mac 2021 Jam 10 Pagi, Pihak GIGANATION GIB BERHAD Telah Menerima Kunjungan Daripada Pihak NORTHERN CORRIDOR ECONOMIC REGION (NCER). NCER Diwakili Oleh En. Mohd Zul Ilham (Eksekutif Kanan, Pelaburan – Pelancongan), En. Hew Shen Choong (Pengurus Kanan, Pelaburan – Pelancongan) Dan En. Muhammad Faridzul Bin Lin, Pegawai NCER Perlis. Majlis Ini Dihadiri Oleh Pengasas Dan Ketua Pegawai Eksekutif Giganation Gib Berhad Dan Kumpulan Gib, Tuan Suchart Ee Quah, Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan En. Mohammad Nahur Azad Bin Ibrahim, Dan Kakitangan Gib Cawangan Arau. Dalam Majlis Ini, En Hariff Bin Nor (Pengurus Pembangunan Produk) Dari Gib Telah Membuat Sesi Pembentangan Mengenai Pengenalan Syarikat, Projek Pembangunan Chalet Kurung Tengar Dan Pembangunan Pulau Batu Layang Di Kuala Perlis. Pihak NCER Pula Telah Membuat Sesi Pembentangan Mengenai Insentif Yang Disediakan Oleh Pihak NCER Bagi Menjayakan Projek Pembangunan Di Koridor Utara. Majlis Kemudian Diteruskan Dengan Sesi Soal Jawab Dan Diakhiri Dengan Sesi Fotografi Dan Jamuan. Pihak Gib Amat Berbesar Hati Menerima Kunjungan Dari Pihak NCER Dan Berharap Agar Kerjasama Erat Ini Dapat Diteruskan Lagi Di Masa Hadapan.

Laporan Disediakan Oleh : Arina

en_GBEnglish
ms_MYMalay en_GBEnglish
X