MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA GIGANATION GIB BERHAD & BNI ORIENTAL SDN BHD



TARIKH : 11 MAC 2021 (Khamis)
MASA : 8.00 am hingga 12.00 pm
TEMPAT : Wisma GIB Alor Setar, Kedah Darul Aman

GIB bakal mengadakan usahasama dalam bidang pembangunan dan pengurusan (TOD). Seiring dengan angkatan RHB yang juga turut serta dalam bidang perbankan di Loas pada tahun hadapan. Video Conference di Antara CEO Akane Development Lao SEZ Co., Ltd (Mr. Somjith) dan CEO Giganation GIB Berhad (Mr. Suchart). telah membuat persetujuan rasmi semasa menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) di Wisma GIB Alor Setar Pada 11/3/2021.

Program ini bermula dengan sesi pendaftaran tetamu & kakitangan dan saringan kesihatan di pintu masuk seawal 9.00 pagi. Pada pukul 9.30 pagi majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi majlis disertai dengan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas syarikat GIGANATION GIB BERHAD Mr. Suchart Ee Quah yang menzahirkan rasa komited untuk menjayakan kerjasama ini di dalam teks ucapan beliau. Turut berkongsi medan, wakil dari BNI ORIENTAL En. Bazlan Bin Suraton menyatakan komitmen beliau dalam menjayakan usahasama projek ini dan amat mengkagumi pencapaian dari syarikat GIGANATION GIB BERHAD di peringkat domestik dan berharap mampu mengulangi kejayaan yang sama di peringkat global.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan menandatangi buku intpati (MoU) dan sesi photografi turut diadakan serentak mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan tempatan . Acara menandatangani turut dimeriahkan dengan panggilan video dari CEO Akane Development Lao SEZ Co., Ltd Mr. Somjith yang menyatakan gembira majlis selesai dengan jayanya dan menerangkan kekakangan yang dihadapi beliau yang menghalang beliau dari turut serta dalam program tersebut. Majlis diteruskan dengan sesi makan tengah hari dan para tetamu khas bersurai.

Akhiri, majlis diteruskan dengan ucapan syabas dan taniah dari Ketua Pegawai Eksekutif Giganation GIB Berhad Mr. Suchart Ee Quah kepada kakitangan yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan memberikan beberapa kata pemangkin semangat kepada kakitangan untuk menghadapi pasca pandemik Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

Sebagai konklusinya, program seperti ini sangat membantu para kakitangan untuk berkerjasama dalam menjayakan majlis yang diusahakan oleh syarikat. Selain itu, diharapkan kakitangan mendapat maklumat terkini berkaitan prospek bakal diusaha samakan yang bersesuaian dengan bidang yang dijadikan garis panduan. Program ini juga diharapkan memberi impak kepada kakitangan untuk memperolehi maklumat awal secara lebih berkesan berkaitan dengan projek bakal dijayakan.

https://www.youtube.com/watch?v=ZP1ZE6h8FdU

GIB bakal mengadakan usahasama dalam bidang pembangunan dan pengurusan (TOD). Seiring dengan angkatan RHB yang juga turut serta dalam bidang perbankan di Loas pada tahun hadapan. Video Conference di Antara CEO Akane Development Lao SEZ Co., Ltd (Mr. Somjith) dan CEO Giganation GIB Berhad (Mr. Suchart). telah membuat persetujuan rasmi semasa menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) di Wisma GIB Alor Setar Pada 11/3/2021.

Gambar Sekitar Majlis
























































































































































































































































































































































ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay
X