MENGHADIRI JEMPUTAN PROGRAM BANCIAN MASYARAKAT SIAM DI WAT KUBANG KESUM, SIK, KEDAH















Tarikh : 26 Disember 2020
Masa : 3.00pm – 5.00pm
Tempat : Wat Kubang Kesum

Pihak pengurusan Giganation GIB Berhad telah meluangkan masa Menghadiri Program Bancian Masyarakat Siam di Kampung Kubang Kesum, Sik, Kedah. Program tersebut dianjurkan oleh Yayasan Tunku Kassim, lebih 25 orang masyarakat telah menghadiri program tersebut, kehadiran GIB adalah bertujuan untuk memperkenalkan syarikat dan mengadakan sedikit taklimat keusahawanan kepada masyarakat di situ agar dapat menyusun semula struktur ekonomi yang pelbagai, supaya masyarakat disitu menuju ke arah kehidupan yang lagi berkualiti.

Jutaan Terima Kasih kepada Puan. Caraline Goh Shau Hsia (Pembantu Pengasas Yayasan Tunku Kassim) kerana telah menjemput kami pihak Giganation GIB Berhad untuk hadir ke program ini.

CADANGAN PROGRAM SETERUSNYA
Projek ini dilaksanakan dalam 4 Tahap :

Tahap 1 : Daerah Sik (26 Dec 2020)
Daerah Padang Terap (1 Jan 2021)
Tahap 2 : Daerah Kulim (2 Jan 2021)
Daerah Kuala Muda (8 Jan 2021)
Tahap 3 : Daerah Baling (9 Jan 2021)
Daerah Pendang (15 Jan 2021)
Tahap 4 : Daerah Kubang Pasu (16 Jan 2021)
Daerah Kota Setar (22 Jan 2021)

Laporan disediakan oleh : En. Zaini (GIB Alor Setar)

ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay
X