PROJEK TANAMAN PISANG DI CHUPING VALLEY PERLIS

Perbincangan Kali ke-2 untuk Projek Tanaman Pisang di Chuping Valley Perlis antara Premium Era Global Dan Teragib Plantation Sdn Bhd.

Premium Era Global di wakili oleh Pengarah, En. Mohd Fairuz Bin Hassim dan kakitangan sokongan, En. Zulkefly Ahmad dan En.Aziz Bin Hamid.
Perbincangan yang positif dan sekiranya tiada halangan, projek Fasa pertama akan bermula pada bulan January 2021.

GIB melangkah kehadapan di dalam sektor perladangan dengan bekerjasama dengan pakar di dalam bidang pertanian. GIB akan bekerjasama dengan Syarikat Premium Era Global bagi menjayakan projek usahasama penanaman Pisang Nangka dan Pisang Tanduk dan seterusnya penghasilan produk berasaskan Pisang di Chuping Valley Perlis. Projek melibatkan penanaman pisang dikawasan seluas 35 hektar yang akan diuruskan oleh anak syarikat GIB iaitu Teragib Plantation Sdn. Bhd, yang di wujudkan khusus untuk melibatkan diri di dalam sektor pertanian.

Dengan kerjasama dari pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis, ia akan menjadi langkah baru bagi membawa sektor pertanian sebagai penyumbang pendapatan kepada rakyat dan Malaysia keseluruhannya.

Selain dari itu, Teragib Plantation Sdn. Bhd. juga bakal membuat penerokaan baru di dalam bidang pertanian dan bakal membuat pelaburan secara makro ke atas projek penanaman pokok kurma secara komersial. Ia merupakan projek yang pertama kali diusahakan di Malaysia bagi penghasilan gula abstract (stevia) yang akan di manfaatkan oleh orang ramai terutamanya yang menghadapi masalah alahan terhadap gula terutamanya gula pasir @ refined sugar. Dengan kehadiran gula abstract ini ia akan membantu pesakit-pesakit terutamanya pesakit kencing manis.

Projek ini di jangka akan dilancarkan pada tahun 2021 di kawasan yang telah dikenal pasti dan akan diumumkan kelak.
Proses menandatanggani perjanjian di antara Teragib Plantation Sdn. Bhd. dan Premium Era Global akan dimuktamatkan pada awal tahun 2021.

Laporan : En. Hariff

Tinggalkan Balasan

ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay
X